KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih banyak generasi muda untuk melabur dalam pasaran modal bagi memastikannya kekal bertenaga, menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Beliau berkata setakat ini pelabur berusia 45 tahun ke bawah hanya menyumbang sebanyak tujuh peratus daripada jumlah pelabur di pasaran saham, manakala golongan berumur 20 hingga 30 tahun diramalkan lebih rendah.
Menurutnya dalam industri broker saham misalnya, kebanyakan remisier berumur 50 tahun ke atas.
"Industri pasaran modal memerlukan suntikan kelompok baharu seperti generasi muda sama ada sebagai pekerja mahupun pelabur.
"Kita memerlukan eksekutif muda untuk menarik pelabur muda memandangkan mereka lebih pintar dari segi teknologi dan memahami antara satu dengan lain," katanya dalam ucapan perasmian bermulanya kohort pertama Program Kepimpinan InvestED 2023 di sini hari ini.
Program Graduan Pasaran Modal, dikenali sebagai InvestED yang diteraju SC meliputi modul pembelajaran komprehensif dan interaktif selama sebulan, diikuti dengan latihan sambil bekerja untuk tempoh enam bulan dengan rakan investED daripada industri pasaran modal.
Maklum balas terhadap kohort pertama program ini adalah sangat menggalakkan dengan penerimaan lebih 2,000 permohonan.
Bagaimanapun, hanya 200 orang terpilih untuk menjalani modul pembelajaran selama sebulan di Asia School of Business (ASB).
Awang Adek berkata investED adalah kerjasama strategik buat julung kalinya antara SC, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), industri pasaran modal dan universiti yang bertujuan membangunkan bakat-bakat mampan dalam pasaran modal.
"Kerjasama SC dengan ASB hari ini akan menguatkan lagi kredibiliti program dan memperkukuh komitmen kami untuk melengkapkan peserta program dengan ilmu industri pasaran modal yang diperlukan agar bersedia di pasaran.
"Kami melihat inisiatif ini penting kepada industri yang mempunyai mobiliti bakat dan permintaan yang tinggi seperti pasaran modal," katanya.
Beliau berkata kepakaran dan sumber ASB akan meningkatkan pengalaman pembelajaran kepada peserta program, di samping memastikan mereka menerima pemahaman yang menyeluruh dalam pasaran modal dan selok-beloknya.
"Saya berharap para peserta akan membangunkan kualiti kepimpinan yang teguh, sikap yang baik terhadap pekerjaan, kemahiran komunikasi yang efektif dan sedikit pemahaman asas dalam industri," katanya.
Awang Adek berkata program itu akan dijalankan selama tiga tahun dan kesannya akan lebih dirasai pada beberapa tahun akan datang.
Pada acara sama, Pengerusi SC juga mengumumkan bagi pihak Persatuan Syarikat-syarikat Broker Saham Malaysia bahawa syarikat broker saham telah bersetuju untuk memperkenalkan satu skim pengangkatan.
"Berdasarkan skim itu, setiap syarikat akan mengambil sebuah universiti untuk merancang dan bekerjasama dengan penuntut serta pensyarah bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai pasaran modal.
"Sebagai contoh, syarikat boleh membantu pensyarah dalam merangka kursus berkaitan dengan pasaran modal untuk diajar kepada penuntut," katanya.
Beliau berkata syarikat yang mengambil bahagian juga boleh membantu penuntut dalam menubuhkan kelab pelaburan untuk menggalakkan kesedaran mengenai peluang pelaburan dalam pasaran modal.
Usaha ini akan memperkayakan pengalaman pembelajaran kalangan penuntut dan mendedahkan mereka kepada cara kerja pasaran modal di samping meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kerentanan mereka terhadap penipuan kewangan, katanya.
"Saya berharap KPT dan universiti akan menerima idea baharu ini, kerana saya yakin ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KPT untuk melihat kerjasama yang lebih besar antara pihak universiti dan industri.
"Cadangan skim ini akan menambah dimensi baharu kepada kerjasama ini," katanya.
Sementara itu, Awang Adek berkata pilihan raya negeri tidak akan memberi kesan buruk kepada pasaran modal, memandangkan pilihan raya adalah peristiwa biasa dan sementara.
"Kerajaan pusat utuh kerana ini hanya pilihan raya negeri, bukan pilihan raya Parlimen.
"Dalam beberapa minggu lepas, kita telah melihat pasaran bertambah baik dan saya amat yakin sentimen ini akan berterusan pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Awang Adek berkata setakat ini pelabur berusia 45 tahun ke bawah hanya menyumbang sebanyak tujuh peratus daripada jumlah pelabur di pasaran saham, manakala golongan berumur 20 hingga 30 tahun diramalkan lebih rendah. - Gambar fail
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
SC pelawa maklum balas awam mengenai rangka kerja pengurusan risiko teknologi
Penggunaan teknologi dengan luas dan pantas boleh menimbulkan risiko dalam pelbagai bidang jika tidak diurus dengan betul.
Syed Zaid letak jawatan, Awang Adek pengerusi baharu SC
Datuk Dr Awang Adek Hussin menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.
Isu pemilikan saham: SC panggil Azam Baki
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.
67,552 kes scam dilaporkan babitkan kerugian RM2.23 bilion - SC
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit.
PNB perjelas kepada SC berhubung isu pelantikan bekas Presiden
PNB memandang serius kenyataan yang dikeluarkan SC bertarikh 18 Jun 2020, sebuah penjelasan awal telah diberikan kepada SC hari ini, dan penjelasan lebih terperinci akan menyusul.
SC tumpu empat teras utama bagi tahun 2020, COVID-19 terus jejaskan pasaran modal
Pengerusi SC menyatakan bahawa COVID-19 akan terus mengganggu-gugat usaha untuk mengembangkan ekonomi, dan pasaran.
Pasaran modal negara berkembang RM3.2 trilion - SC
Menurut SC, pasaran modal Malaysia berkembang menjadi RM3.2 trilion pada tahun 2019 berbanding RM3.1 trilion tahun sebelumnya.
COVID-19: SC ingatkan pengurus dana, unit amanah, agar jaga kepentingan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan syarikat pengurusan dana dan pengurusan unit amanah mengenai kewajipan mereka.
SC beri kelonggaran kepada Penerbit Tersenarai untuk AGM, Laporan Berkala
Ini susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac 2020.
SC minta pandangan awam tentang Tawaran Syiling Awal (ICO)
SC Pelawa Maklum Balas Awam Mengenai Cadangan Rangka Kerja Tawaran Syiling Awal dan Pendanaan Hartanah Ramai. Cadangan harus dikemukakan sebelum 29 Mac 2019.